Hello and Assalamualaikum Semua !
Aaaaaaa laparnya tapi tak tahu nak makan dekat mana ?
Dont worry gais, meh nak share korean food yang sedappp and very recommended. yang tak suka korean food boleh la try, mana tahu boleh jatuh cinta <3
K Fry ni bukan sesuatu yang asing untuk didengar masa kini kerana ia telah menjadi buah mulut orang sejak dua menjak ni. mana tidaknya, benda viral memang selalu cepat aje disebarkan, tak gitu ? ha so jom kita explore serba sedikit apa yang dikecoh-kecohkan tu .
Kalau nak tahu, bukan corndog je yang diviralkan dengan cheese tariknya, K Fry juga ada tauu :D
Kalau korang nak tahu, ada satu restoran korea yang sangat popular dan menjadi tumpuan ramai terutama sekali bila weekend sampai kena beratur panjangg untuk tunggu giliran. "eh ye ke? restoran apa tu?" haaa jom kita tengok
tadaaaa !! ha ni la restorannya. K Fry ! bagi mereka yang tak tahu, K Fry ni menyediakan pelbagai jenis makanan korea yang sedap sedap sampai ada yang repeat lagii. tapi yang paling popular dekat sini and selalu habis cheesy fried chicken bumbuk. Kebanyakan mereka yang menjamu selera kat sini terdiri daripada pelbagai golongan tanpa mengira peringkat umur. seperti yang kita tahu, ayam merupakan makanan yang diminati ramai, oleh itu tidak peliklah jika kedai ini selalu dipenuhi dengan riuh tawa pelanggan disegenap ruangan yang sedang enak menjamu selera .
gaiss ni la chicken bumbuk tu. kalau nak tahu kenapa chicken bumbuk ni selalu habis sebab dia menggunakan peha ayam yang segar jadi mereka hanya menyediakan dalam kuantiti yang terhad untuk menjamin kualiti mereka. jangan risau kerana kamu semua boleh membuat tempahan awal ya heheh.
tengok gambar pun sudah tergugat, tunggu apa lagi nanti boleh pergi serbu ramai ramai untuk merasai kelazatannya yummy ! oh ya, jangan lupa untuk dikongsi bersama yang tersayang juga ya. makanannya yang unik ini tidak terdapat di mana mana restoran lain, layanannya juga mesra dan sangat puas hati.
bukan itu sahaja, banyak lagi hidangan sampingan yang disediakan seperti UFO Kimchi Bokkeumbap, Kimgaru Bokkeumbap, Bulgogi Jeon gol, Rice ball dan banyak lagi .
bagi mereka yang tertanya-tanya di mana mereka boleh dapatkan hidangan ini, di bawah adalah lokasinya :
K Fry 1 Utama Shopping Centre
Alamat: LG221A Bandar Utama City Centre, 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya 47800, Selangor Malaysia.
Phone: +603-7624 0027
Opening hours: Mon-Sun 11:00 a.m. - 12:00 a.m. (Last order 10:00 p.m.)
Facebook: /kfry1u
K Fry IOI City Mall Putrajaya
Alamat: G26 IOI City Mall Lebuh IRC IOI City Putrajaya, Wilayah Persekutuan, 62505, Malaysia
Phone: +603-89578126
Opening hours: Mon-Sun 11:30 a.m. - 12:00 a.m.
(Last order Weekdays 9:30 p.m. , Weekends 10:00 a.m.)
(Last order Weekdays 9:30 p.m. , Weekends 10:00 a.m.)
Facebook: /KFryIOI
soooo, i suggest to you guys untuk try makanan kat sini and pastikan book dulu tau sebab takut habis and penuh okayy ? And yes sebelum terlupa, kemudahan untuk ke 1 Utama Mall juga ada seperti MRT di stesen Bandar Utama dan lain-lain perkhidmatan seperti grab, uber dan sebagainya :)
untuk maklumat lanjut boleh terus tekan link kat bawah ni :)
Ya Allahh cheesee !
ReplyDelete