animasi-bergerak-selamat-datang-0033

Sunday, September 22, 2019

CORNDOG VIRAL  
Hai  semuaaa !

Mari kami tunjukkan corndog yang paling viral dan sedap untuk dinikmati bersama orang tersayang <3

Chun ada macam-macam jenis sosej dan salutannya pula berbeza mengikut pilihan yang ada. Contohnya, ada salutan original (corndog), mee rangup, dan kentang gebu rangup.


Kita dapat merasai sosej korea nombor satu iaitu Chun. Chun ini sudah sampai ke Malaysia. Memang dari Korea hinggakan mereka mempunyai lebih 200 cawangan di sana! kini makanan tersebut telah mengembangkan sayap mereka secara ke global ke Vietnam, Amerika, China, Australia dan kini di Malaysia. Paling kagum apabila Chun dinobatkan sebagai "Brand of the Year" di korean pada tahun 2017 dan 2018 !

Tengoklah si kecil ini tarik cheese chun tuu. Wahh memang mengeliurkan :D

Chun ini juga sinonim dengan sosej goreng, corndog, sosej cheese, sosej gebu, sosej cheese tarik dan macam-macam lagi yang menjadikan kalian terliur hahahahah. Menariknya harga kat Chun tak mahal pun walaupun di kira 'famous'. 'hipster' atau 'viral'. Harga sosej kat sini sangat-sangat bersesuaian dan berbaloi. Sosej Chun pulak memang besar dan mengeyangkan jadi boleh jadi sebagai makanan berat selain jajan. Bukan itu sahaja, anda juga boleh memilih sos seperti sos tomato, cili, mayonis, sriracha dan BBQ.
Chun telah banyak dibuka pada beberapa cawangan seperti lokasi dibawah yang disenaraikan :) tempat paling senang kalau anda nak pergi ke sana guna public transport adalah di Pavillion sbb boleh naik mrt jeee. kene berhenti dekat stesen Bukit Bintang then jalan sikit terus jumpa Pavillion tu.

Jadi mari kami kongsikan lokasinya:
- Chun cawangan Paradigm Mall
Lot CF-29 Paradigm Mall, 1, Jalan SS7/26A, Petaling Jaya, Selangor 47301
- Chun cawangan Pavillion Bukit Bintang.
Lot P1.11.04, Level 1, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

Masa Operasi:
10 pagi - 10 malam

sooo kalau ada sebarang pertanyaan bolehlah klik link bawah ni:

Sosial media dan laman rasmi:


Saturday, September 21, 2019


SNOW ICE VIRAL
Hii Guyss. Assalamualaikum!!


Okey guys lets go to another viral food. kalau blog kami yang sebelum ni cerita pasal  makanan yang pedas-pedas dan sekarang kami akan buat review tentang dessert pula. Cafe dessert ni sangat sesuai kalau korang nak makan untuk santai-santai sebab tempat ni sangat comel dan pinkish giteww.
Soo, i think you guys dah boleh agakkan dessert apa kannn ;D


Haaaa jadi, ini lah dessert yang tengah viral iaitu Mykori Dessert Cafe. Untuk pengetahuan Mykori Dessert Cafe ini sebenarnya menyediakan pencuci mulut tradisional Jepun iaitu Kakigori. Pada asalnya, Kakigori sebenarnya merupakan pencuci mulut bangsawan di Jepun dan ia telah diasaskan pada abad ke-11 di mana ais yang disimpan pada musim sejuk akan dikisar halus sebelum disiram dengan sirap manis dan dihidangkan pada musim panas. Namun menjelang abad ke-19, Kakigori telah meluas dan seluruh rakyat jelata dapat menikmati Kakigori pada musim panas.

Jadi terdapat beberapa jenis kakigori yang disajikan di Mykori antaranya adalah Mykori Signature Kakigori, Kenko Kakigori, Mykori Signature Toast dan Croissant Taiyaki. Hummm Yummy!

tengok tu, kami rasa korang boleh bayang betapa sedapnya kakigori ni bila tengok reaksi budak kecik molek ni makan kannn.  hurmmmm sedapnya, kami yang menulis ni pon tetiba rasa lapar pulak >.<


 Okey guys. Mykori Signature Kakigori ialah pilihan yang paling laris di Mykori dan korang boleh pilih dari 15 jenis perisa unik seperti Melon, Honeydew, Matcha Latte, Mango Yourt, Strawberry Cheesecake dan banyak lagi. Hotselling item kat sini ialah Melon Kakigori dan Mont Fuji Kakigori tapi perisa yang lain juga tak kurang sedapnya. Confirm rambang mata kalau nak pilih ice bowl kat sini sebab semuanya sedap giler! dan harganya affordable, semua orang mampu untuk rasa dessert ni. Kat gambar tu ada dia punya harga, so korang boleh survey harga before pergi sana.


Nak makan dessert tapi takut tak sihat? Its okey sebab kat sini ada Kenko Kakigori yang bermaksud Healthy Shaved Ice Bowl dimana korang boleh pilih base ais sama ada susu atau yogurt ditambah 2 buah dan 3 bijirin pilihan anda sendiri! Terdapat 7 jenis buah dan 9 jenis bijirin yang korang boleh pilih dan cofirm korang akan puas hati dengan gabungan rasa yang hebat dan mantap ni! Biasanya kalau kami pergi kami akan pilih buah mangga dan strawberi manakala bijiran kami akan pilih kuaci, badam hiris dan kuaci hijau. korang kena ingat just boleh mintak 2 jenis buah dan 3 jenis bijirin je okey ;D

Lastly, kalau korang rasa-rasa nak makan snack. dekat sini juga ada disediakan iaitu snack toast dan croissant yang sangat sedap dan unik di sini. Ada 7 pilihan toast dan 4 jenis pilihan bagi croissant yang korang boleh pilih yang semestinya sedap giler! Antara snack yang korang wajib cuba kat sini ialah Chocolate Strawberry Toast dia yang marvellous sangat!

ni harga yang korang boleh survey untuk snack kat Mykori okey. Semuanya murah gilerr!
haa. ni lah dia croissant taiyaki. Nampak menarik kann.. Grrr

ni pulak mykori signature toast. sedap bak hang bak kata orang perak!

 Jadi sebelum korang meroyan sebab lapar tengak dessert ni, lebih baik korang pergi sendiri ke Mykori Dessert Cafe. Kat bawah nanti aku share cawangan-cawangan cafe Mykori yang ada di Malaysia.



Mykori Seberang Jaya
Ground Floor, No. 48, Jalan Todak 2, Pusat Bandar Sunway, Seberang Jaya, Penang Island
 Waze

Mykori Bayan Lepas
70-1-78 D’Piazza Mall, Jalan Mahsuri, Bayan Baru, Bayan Lepas, Penang Island, Penang
 Waze

Mykori Eko Cheras
Lot S-K-10, Ekocheras Mall, No 693, Batu 5, Jalan Cheras, 56000 Kuala Lumpur.

K FRY !

Hello and Assalamualaikum Semua !
Aaaaaaa laparnya tapi tak tahu nak makan dekat mana ?
Dont worry gais, meh nak share korean food yang sedappp and very recommended. yang tak suka korean food boleh la try, mana tahu boleh jatuh cinta <3

K Fry ni bukan sesuatu yang asing untuk didengar masa kini kerana ia telah menjadi buah mulut orang sejak dua menjak  ni. mana tidaknya, benda viral memang selalu cepat aje disebarkan, tak gitu ? ha so jom kita explore serba sedikit apa yang dikecoh-kecohkan tu .

Kalau nak tahu, bukan corndog je yang diviralkan dengan cheese tariknya, K Fry juga ada tauu :D

Kalau korang nak tahu, ada satu restoran korea yang sangat popular dan menjadi tumpuan ramai terutama sekali bila weekend sampai kena beratur panjangg untuk tunggu giliran. "eh ye ke? restoran apa tu?" haaa jom kita tengok



tadaaaa !! ha ni la restorannya. K Fry ! bagi mereka yang tak tahu, K Fry ni menyediakan pelbagai jenis makanan korea yang sedap sedap sampai ada yang repeat lagii. tapi yang paling popular dekat sini and selalu habis cheesy fried chicken bumbuk. Kebanyakan mereka yang menjamu selera kat sini terdiri daripada pelbagai golongan tanpa mengira peringkat umur. seperti yang kita tahu, ayam merupakan makanan yang diminati ramai, oleh itu tidak peliklah jika kedai ini selalu dipenuhi dengan riuh tawa pelanggan disegenap ruangan yang sedang enak menjamu selera .

gaiss ni la chicken bumbuk tu. kalau nak tahu kenapa chicken bumbuk ni selalu habis sebab dia menggunakan peha ayam yang segar jadi mereka hanya menyediakan dalam kuantiti yang terhad untuk menjamin kualiti mereka. jangan risau kerana kamu semua boleh membuat tempahan awal ya heheh.



tengok gambar pun sudah tergugat, tunggu apa lagi nanti boleh pergi serbu ramai ramai untuk merasai kelazatannya yummy ! oh ya, jangan lupa untuk dikongsi bersama yang tersayang juga ya. makanannya yang unik ini tidak terdapat di mana mana restoran lain, layanannya juga mesra dan sangat puas hati. 


bukan itu sahaja, banyak lagi hidangan sampingan yang disediakan seperti UFO Kimchi Bokkeumbap, Kimgaru Bokkeumbap, Bulgogi Jeon gol, Rice ball dan banyak lagi . 

bagi mereka yang tertanya-tanya di mana mereka boleh dapatkan hidangan ini, di bawah adalah lokasinya :

K Fry 1 Utama Shopping Centre
Alamat: LG221A Bandar Utama City Centre, 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya 47800, Selangor Malaysia.
Phone: +603-7624 0027
Opening hours: Mon-Sun  11:00 a.m. - 12:00 a.m. (Last order 10:00 p.m.)
Facebook: /kfry1u

Fry IOI City Mall Putrajaya 
Alamat: G26 IOI City Mall Lebuh IRC  IOI City Putrajaya, Wilayah Persekutuan, 62505, Malaysia
Phone: +603-89578126
Opening hours: Mon-Sun  11:30 a.m. - 12:00 a.m.
(Last order Weekdays 9:30 p.m. , Weekends 10:00 a.m.)
Facebook: /KFryIOI